-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cabaran Mendidik Anak-anak

Zaman sekarang kebanyakan ibu bapa kedua-duanya bekerja.. Terutamanya bila kita duduk di bandar yang menuntut kebanyakan ibu bapa terpaksa keluar bekerja utk menampung perbelanjaan harian.. Sehingga adakalanya tanpa kita sedari ada yang terabai.. Dalam dunia sekarang, tidak dinafikan wang ringgit memainkan peranan besar dalam mencipta bahagia.. Walapun memang kita selalu dengar wang bukan segalanya tapi ramai jugak yang bercerai kerana masalah kewangan...

Aku termasuk dalam golongan yang bekerja utk membantu suami dlm melengkapi kehidupan kami.. Dalam kesibukan tugasan harian, anak2 juga memerlukan perhatian dari kami sebagai ibu bapa... Adakalanya aku kesal kerana amat kurang memberikan perhatian kepada anak2 yg semakin membesar.. Lately, aku cuba meluangkan masa yg berkualiti dengan mereka... Semoga Allah sentiasa memberikan aku jalan utk memberikan yang terbaik utk anak2 ku.. Aku tak mahu mereka membesar dalam situasi yg boleh membuatkan mereka tertekan..

Aku adalah insan biasa yang adakalanya bila terasa letih, cepat naik darah.. Selalu jugak anak2ku dimarahi bila mereka membuat bising ketika bermain atau bergaduh.. Jarang sekali aku cuba menyelami hati mereka.. Aduh.. kesiannya anak2ku..

Aku ada terbaca artikel dr 'Islamic NLP for Parenting' yang mana bicaranya membuatkan aku berfikir...

Quote from 'Islamic NLP for Parenting '

Saudara,
Mari kita mengingati semula ketika anak-anak kita masih kecil. Ketika bayi mereka dibelai cukup manja. Kita mengalirkan kasih sayang dan cinta kita kepada mereka tanpa perlu berkata-kata. Hanya pelukan yang erat serta senyuman kasih mampu membuatkan bayi kita menjadi tenang. Anak-anak kita berasa sangat disayangi dan dikasihi.

Apabila anak-anak kita mula meningkat umur, sudah tahu berjalan dan bermain itu ini, kita tidak lagi menggunakan pelukan erat kepada mereka. Kita tidak menyampaikan mesej kasih sayang kita kepada mereka dengan belaian penuh kasih sayang.

Di ketika ini kita mula menggunakan verbal iaitu larangan-larangan menggunakan suara. “Jangan buat itu”, “Jangan usik itu” dan pelbagai lagi kita gunakan. Alasan kita adalah untuk mendidik kerana kita sayang kepada anak-anak. Namun sebenarnya penerimaan kanak-kanak tadi berbeza.

Dikala kecil mereka dibelai tetapi mengapa kini mereka dimarahi atau dilarang dengan suara yang tinggi. Jiwa mereka terganggu.

Saudara,
Anak-anak kecil ini hanya menjadikan ibu bapa tempat bergantung. Walaupun di hantar ke nursery atau dijaga oleh pembantu rumah, namun mereka tetap inginkan ibu bapa untuk menagih kasih. Dunia kanak-kanak adalah dunia yang tidak mampu berdikari.

Bayangkan ketika mereka memerlukan ibu bapa sebagai orang yang terbaik mendidik mereka, kita hanya menggunakan banyak kata-kata larangan berbanding belaian. Kita jarang lagi menyalurkan kasih sayang dengan pelukan. Kita berasa mereka faham sendiri bahawa kita sayang mereka.

Apabila anak-anak mula bersekolah, kawan-kawan merupakan orang yang terdekat dengan mereka. Lama kelamaan mereka akan berasa kawan-kawan lebih memahami mereka berbanding ibu bapa. Pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan mula jauh dari segi pembangunan sahsiah dan sosial mereka. Hanya dari segi ekonomi atau perbelanjaan sahaja mereka bergantung penuh kepada ibu bapa.

Nah! Di saat ini, jika kita tidak mendidik mereka dari awal lagi dengan belaian kasih sayang, akhirnya mereka lebih senang bersama kawan-kawan mereka berbanding kita. Anak-anak sudah mula mencari kebahagiaan bersama kawan-kawan mereka. Mereka lebih yakin dan percaya kawan-kawan berbanding ibu bapa.

Ibu bapa pula hari ke hari memarahi anak-anak ini kerana degil dan nakal. Tidak mahu mendengar kata dan sebagainya. Ini membuatkan mereka terus menjauhi ibu bapa. Belaian yang diharapkan seolah-olah tidak mungkin akan dapat diterima lagi.

Walaupun ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran anak-anak ini namun dari segi jiwa, kita sebenarnya menghadapi masalah. Jika ada anak-anak yang mendengar kata ibu bapa, ia hanya kerana rasa hormat kepada ibu bapa sahaja. Rasa kasih dan sayang sudah mula berkurangan.

Apakah yang akan berlaku jika anak-anak ini sudah meningkat remaja? Saudara boleh fikirkan berdasarkan remaja-remaja yang ada sekarang ini.


"Ya Allah.. Ku memohon padaMu, berikan aku kekuatan dalam mendidik anak-anakku, Berikan aku kesabaran dan jadikan aku seorang ibu yang mampu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku dengan sebaiknya..

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani. Kami memohon kepadaMu ya Allah agar Engkau alirkanlah sentiasa kasih sayang kami kepada anak-anak kami dan kuatkanlah jiwa mereka dengan kasih sayang kami ini ya Allah.

Ya Allah, ajarilah kami bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak kami ya Allah. Ya Allah berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami dan anak-anak kami ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih. Amin”

2 Nukilan Rasa:

  1. kekadang bila zai fikirkan...kita nie sibuk ngan kerja..anak2 mcm terbiar...kita biarkan nurseri yang jaga diorang...semoga anak2 kita tak terjebak dalam gejala sosial...Amin..

    BalasPadam
  2. Amin... sebab tu kite kene try gak spent quality time ngan diorang.. We'll try our best key!

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie